Persatuan
Silambam
Asia
Malaysia
Alami Seni Silambam untuk meningkatkan kemahiran baharu anda, perkembangan hidup dan pengetahuan - melalui senaman, riadah, ataupun sukan. Ia juga membantu menyatukan dan membawa semua ke arah amalan gaya hidup yang sihat, terutamanya untuk masyarakat, kanak-kanak dan belia.

Latihan Teknikal Silambam
Persatuan Silambam Asia Malaysia memberikan program yang sistematik untuk prestasi kemuncak dan profesional untuk murid Silambam dan atlet silambam dari semua peringkat - untuk seni tradisi ataupun sukan.
Latihan, Bengkel & Seminar Silambam
Program Kokurikulum Sekolah
Persatuan Silambam Asia Malaysia (Malaysia Association of Silambam Asia) menyediakan dan menyelia segala aturcara latihan-latihan, termasuk Bengkel dan Seminar untuk sekolah-sekolah Malaysia, dengan potensi untuk membawa Silambam ke program kokurikulum yang bertaraf Kebangsaan dan Antarabangsa.
Kandungan Silambam


Kelebihan Seni dan Sukan yang muktamad
Didalam Persatuan Silambam Asia Malaysia (Malaysia Association of Silambam Asia) - Pelajar & Atlet, Ibu Bapa, bersama dengan Jurulatih & Pasukan berkerjasama dengan tujuan untuk mencapai pembangunan silambam, meningkatkan keyakinan diri dan mencapai kejayaan bersama-sama.
PELAJAR + ATLET
Membina pelajar dan atlet silambam dengan kekuatan minda, badan, moral, dan rohani melalui senaman dan latihan silambam untuk menghasilkan individu yang bernilai tinggi dalam masyarakat. Kandungan Silambam
IBU BAPA
Sokongan moral dan bimbingan sewaktu latihan silambam dan diluar waktu latihan untuk membantu memastikan pelajar silambam dan atlet silambam sentiasa bersiap sedia dengan latihan-latihan harian ataupun kejohanan. Kandungan Silambam
Jurulatih + Pasukan
Pasukan Silambam, Jurulatih, institusi pendidikan dan organisasi-organisasi sentiasa berkerjasama untuk membuka lebih banyak peluang dan manfaat kepada semua melalui latihan, seminar, bengkel, dan pertandingan silambam di Malaysia ataupun antarabangsa. Kandungan Silambam
Silambam untuk Perpaduan dan Kesaksamaan
Persatuan Silambam Asia Malaysia memastikan keharmonian dan kesaksamaan untuk semua orang sewaktu latihan silambam, pertandingan silambam dan semua acara-acara lain yang berkaitan dengan persatuan.

Silambam untuk United Nations Sustainable Development Goals (SDGS)
Untuk promosi dan pembangunan Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai di peringkat Kebangsaan, Benua dan Antarabangsa.
Link:
Perpustakaan Digital
Silambam
Koleksi video dan rujukan Digital Silambam oleh Persatuan Silambam Asia Malaysia (Malaysia Association of Silambam Asia).

e-Learn
Fungsi Dalaman
Yoga Tradisional
Amalan tradisi warisan purba melalui pengunaan postur yang sempurna, pernafasan, dan meditasi untuk kesejahteraan fizikal, mental, dan spiritual, menyokong perkembangan holistik serta kesihatan menyeluruh.
Kuttu Varisai
Seni bela diri tanpa senjata dari India yang menekankan kelincahan, pergerakan lancar, dan serangan sambil menggabungkan teknik mengelak, kuncian, dan pertarungan untuk mensasarkan titik vital secara berkesan bagi pertahanan diri.
Silambam
Seni bela diri India berasaskan senjata menggunakan kayu rotan, buluh atau senjata tradisional lain dengan pergerakan ritma yang lancar, mengembangkan kemahiran fizikal, disiplin, dan warisan budaya secara menyeluruh di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Varma Kalai
Sistem tradisional dan berasaskan ilmu sains yang menggabungkan seni penyembuhan, terapeutik, defensif, dan ofensif, mensasarkan titik-titik vital badan secara strategik untuk kesihatan optimum dan perlindungan, sambil memelihara warisan budaya di Malaysia, India dan peringkat antarabangsa.
Keterangan Pelajar
Soalan Lazim
Silambam ialah seni bela diri tradisional India yang menekankan teknik menggunakan kayu rotan atau buluh, senjata tradisional India lain, serta pergerakan kaki yang dinamik.
Ya, Silambam mengalu-alukan kemasukan dari semua tahap, latihan berperingkat akan bermula dengan asas pergerakan kaki, amalan tanpa senjata (Kuttu Varisai), dan teknik asas pengendalian kayu rotan.
Mengamalkan Silambam meningkatkan fleksibiliti, daya tahan kardiovaskular, koordinasi, dan tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan.
Ya, pelajar boleh menyertai kejohanan tempatan dan antarabangsa serta acara persembahan budaya Silambam.
Progres bergantung kepada individu; setiap peringkat tali pinggang biasanya memerlukan 3–6 bulan latihan konsisten.

















